Wednesday 7 April 2010

bersama TC di PJL Fasa 1~

RABU 7/4/2010

Sudah sekian lama beta tak berblog kerna laptop kesayangan beta rosak akibat beta buat perkara-perkara yang tak baik bagi seorang pelajar 4 Jujur (Sains 2). Sebelum apa-apa berlaku, saya berduka cita kerana perlu bercakap bahawa Naqib akhirnya dapat seorang 'awek' yang bernama Addina. Ini telah membuatkan Adam sangat marah tetapi beliau berjaya untuk meredahkan kemarahannya kerana dia dah muak kene ejek rakan sekelas. Sekarang Adam sedang menawan hati orang lain kerana dia merupakan Mat Romeo @ Rom, tetapi kita semua tahu dia masih cemburu dengan Naqib :)

Pertama sekali, ADLI MASIH KACAK walaupun telah meninggalkan aku dan kengkawan untuk ke tempat yang lebih baik, iaitu di kelas Kreatif (Sains 1). Kini dia bersama Farid, Azizan dan Mubin(watak sampingan) sebagai peneraju lelaki di kelas terpandai, tertegap dan termacho itu. Sehubungan dengan itu, pada minggu lepas kelas Adli merupakan kelas Paling Tidak Ceria dan seluruh ahli kelas itu dipaksa untuk datang pada hari Sabtu ini untuk membersihkan kelas terbabit. Kasihan. Lagi fasal perkara yang korang miss, Tuan Haji Khalid bin Haji Jaafar dipecat jawatan sebagai Pengetua SMK Puncak Alam. Mana ada lah, beliau hanya diarah untuk bertugas di sekolah lain atas sebab sekolah kami terlalu tough untuknya (pandangan penulis).

Balik pada topik, ada seorang cikgu yang jelita, kacak dan macho yang bernama Kho Mei Chin. Dia merupakan cikgu yang sengaja mengajar di Puncak Alam kerana ingin mendekati dirinya dengan Ismail, saya menipu lagi! Sebanarnya saya pun tidak tahu mengapa dia ada di sini tetapi dia telah membuatkan sekolah kami meriah dengan kemachoannya. Antaranya ialah dengan tiba-tiba, beta, Adli, Naqib, Yin, Ashraqal rajin untuk mengunjunginya di Perpustakaan Desa Puncak Alam di Fasa 1. Cikgu terbabit mengajar Prinsip Akaunan di kelas tertentu dan antaranya kelas beta. Melepas beta kerana beta dipaksa untuk mengambil Biologi atas desakan keluarga. Dipercayai bahawa Teacher Chin akan kembali ke tempat asalnya pada bulan 5, kami akan merinduinya sesangat, kemungkinan besar.

Sehingga nanti, bye-bye abang dan kakak yang tegap!


:D

No comments:

Post a Comment